Pulai.org

MALAY | ENGLISH

SEPINTAS LALU MENGENAI SEJARAH KAMPUNG PULAI

PENYUNTING : KENNY CHEE SIEN CHEN


Pada lebih kurang tahun 1600 zaman hampir keruntuhan pemerintah Dynasti Ming, terdapat segolongan rakyat cina mula berhijrah ke Kampung Pulai melalui Sungai kelantan dan Sungai Galas untuk mencari gali emas. Apabila tiba di Kota Bharu, ketua golongan ini pergi mengadap Sultan kelantan dan mereka dapat mengenalpasti bau air sungai Kelantan pada ketika itu di mana di satu tempat yang terletak di kawasan ulu,pendalaman bukit-bukau dan hutan rimba itu, iaitu di Kampung Pulai kaya-raya dengan emas. Mereka menaiki kapal kecil (Tongkang) mengikut Sungai Kelantan dan Sungai Galas yang mengambil masa 2-3 minggu baru sampai di Pulai.


Apabila tiba di Pulai ketika itu, kumpulan pelopor ini mulai mendirikan bangsal(rumah kediaman) sementara yang bahan binaan terdiri daripada buluh sebagai dinding, daun atap sebagai bumbung dan pokok hutan sebagai tiang. Gologan rakyat Cina yang mula-mula mencarigali emas di kawasan sekitar kampong Pulai itu memang berhasil dan memperolehi banyak keuntungan, ini adalah kerana pada ketika itu atas permukaan tanah Kampung Pulai penuhi dengan biji-biji emas asli. Dalam perut itik(kerana selalu mencarimakanan di Lumpur) pun penuh dengan serpihan emas. Kaedah menggali emas amatlah mudah sekali, pekerja-pekerja limbong emas hanya perlu menyambung air bukit (dari kawasan tinggi) dengan batang-batang buluh dan memacut kepada timbunan tanah dan biji-biji emas akan muncul, pekerja tidak perlu atau susah-payah menggali sedalam-dalamnya untuk mendapat biji-biji emas itu.


Bagi Golongan Taukeh atau pekerja yang berjaya mendapat carigali emasitu, kebanyakan telah pulang ke Negeri china pada ketika itu sebagai ‘Orang yang berjaya mencari keuntungan di seberang laut’, apabila balik ke Kampung mereka dapat membeli tanah, membina rumah dan sebagainya. Golongan ini menganggap Kampung Pulai yang mundur itu tidak sesuai dijadikan tempat tinggal dalam tempoh jangka panjang. Bagi Golongan kemudian kerana pelupusan emas itu yang tidak memperolehi apa-apa keuntungan, mereka malu pulang ke Kampung asal di Negeri China, mereka kekal tinggal di Kampung Pulai.


Golongan Rakyat China yang kurang bernasib baik itu terpaksa tinggal di Kampung Pulai, rezeki mereka tidak boleh bergantung kepada menggali emas lagi, mereka mula menerokai tanah yang subur itu dengan menanam pada (Golongan ini juga kaum petani di Negeri China); sayur-sayuran ; menternak untuk mendapat bekalan daging; menanam kacang untuk mendapat minyak masak; menanam tebu untuk dijadikan gula kuning; Kampung Pulai muncul sebagai sebuah Perkampunganyang mendapat membekalkan sebarang makanan sendiri tanpa bekalan luar kecuali bekalan garam masih bergantung daripada pecan-pekan tepi pantai. Pada ketika itu, setiap rumah kediaman yang dibina di tengah sawah padi mempunyai sebuah kolam yang mendapat bekalan air bukit melalui buluh, dalam kola mini juga membela ikan-ikan air tawar (terutama ikan kelah) yang ditangkap daripada Sungai-Sungai. Sehingga sekarang, penduduk Kampung Pulai telah melalui 6-7 generasi, masyarakat petani masih wujud sehingga tahun 1976 lagi dan kemudian menanam pokok getah, koko dan kelapa sawit.


Apabila satu masyarakat wujud di Kampung Pulai pada awal Tahun 1500 itu, maka terdapat Pemimpin memikul tugas menjaga keselamatan dan keamanan penduduk yang di bawah pemerintahan Sultan Kelantan. Pada ketika itu, Sultan Kelantan telah melantik pemimpin masyarakat berwibawa menjadi ‘KAPITAN’. Tugas Kapitan selain daripada menjaga ketenteraman kampong;menyelesaikan masalah penduduk; juga diberi kuasa untuk memungut hasil dan memiliki lessen untuk menjual barang  keperluan dan membeli hasil; pertanian tempat. Kapitan juga pernah membekalkan tenaga (askar) untuk menyokong askar Sultan Kelantan melawan askar Negeri Siam pada ketika itu. Kapitan juga berkuasa menghantar penjenayah-penjenayah dengan rakit ke istana Sultan.Masyarakat kecil dan terpencil ketika itu adalah mewarisi kebudayaan dan cara hidup mengikut Kampung asal di Negara China mereka.


Pada Zaman mencari emas itu,hanya lelaki bujang datang ke Kampung Pulai sahaja. Maka sesetengah berkahwin dengan perempuan tempatan atau melalui ejen daripada Negeri China, tiada hubungan dengan dunia luar langsung kerana pada ketika itu Bandar Gua Musang tidak wujud lagi.


Tokong Swee Nyet Keung(Tokong Mek)Kampung Pulai adalah merupakan sebuah tempat ibadat yang tertua di Malaysia yang sudah hampir 500 tahun. Pada masa sekarang di dalam Tokong ini masih terdapat sekeping Gambar lukisan Tokong Mek(Kuan Yin)yang dibawa berasal daripada Negeri China.Pada Tahun dahului ,rakyat China yang berhijrah ke Kelantan hanya menaiki kapal Laut (TONGKANG)yang kecil dan sempit sahaja, dalam pelayaran lautan yang begitu bercabar itu nasib hidup atau mati adalah bergantung kepada Tuhan sahaja. Maka golongan rakyat China yang merantau ini biasanya membawa Foto Tokong Mek untuk memberi kuasa perlindungan kepada keselamatan mereka. Apabila berjaya mendarat di Kampung Pulai itu Tokong Mek itu juga disembahyang di rumah kediaman  mereka untuk menjaga keselamatan ahli-ahli keluarga. Lama kelamaan satu tempat umum yang memberi sembahyang kepada Tokong Mek itu telah didirikan dan dijadi sebuah rumah ibadat bagi orang ramai.


Perayaan Ugama Tahunan bagi Tokong Mek Kampung Pulai adalah terjatuh pada kalender China bulan dua hari ke sembilan belas itu,dalam tempoh perayaan itu,semua penduduk Kampung Pulai diwajibkan berpuasa (iaitu tidak dibenarkan makan daging hanya makanan tidak berdarah dibenarkan).Bagi penduduk-penduduk berasal dari Kampung Pulai yang merantau ke mana-mana tempat itu diwajibkan balik ke Kampung Halaman untuk menjalankan ibadat sembahyang itu. Makanan sayur-sayuran juga dibekalkan kepada semua penganut ugama oleh Tokong Mek ini. Pada masa sekarang, di dalam Tokong Mek ini masih terdapat banyak bahan-bahan purba seperti mangkuk sembahyang; payung kuning semasa perarakan Tokong, rantai emas;bunga emas;kris China dan meriam purba. Pada tempoh perayaan ugama tahunan itu juga berjaya menarik orang-orang luar datang melawat ke Kampung Pulai dan juga menyertai dalam upacara sembahyang mengikut cara tradisional itu.


Dalam tempoh selama 500 tahun yang lalu, telah berlaku beberapa peristiwa yang bersejarah yang membawa perubahan besar kepada Kampung Pulai ini samada dari segi sosial ekonomi; structuk organisasi masyarakat; status orang China dan juga langkah sistem pentadbiran yang dilaksanakan kemudian. Peristiwa-peristiwa yang bersejarah adalah seperti berikut:-     


PERANG SAUDARA KERABAT RAJA

Pada abad yang ke 18 itu, penduduk-penduduk Kampung Pulai telah terlibat dalam Perang saudara kerabat Raja pada ketika itu, golongan lelaki dalam Kampung Pulai telah dibahagikan kepada 2 barisan dan hampir semua mati setelah saklai perang saudara itu.


PERANG KERANA MEREBUT KUASA MENGGALI EMAS

Pada awal abad ke 19 itu, majoriti penduduk Kaum China di Kampung Pulai adalah terdiri daripada orang surname “PHANG”,mereka yang lebih garang dan suka berlawan itu sentiasa mencari kesempatan untuk menindas dan menggacau orang-orang China surname lain-lain(seperti Wong;Chong;Lew;Lai dan sebagainya). Sehingga satu masa orang-orang China yang ditindas itu tidak sabar lagi telah bersatu padu dan melawan balik orang China surname “Phang” itu dengan mengguna meriam yang simpan dalam Tokong Mek itu.Kumpulan orang China “Phang” itu gagal dalam perlawanan ini dan dihalau ke kawasan sekitar Kuala Lipis yang sekarang diberi Nama Negeri ‘Pahang’.


PERANG DENGAN ASKAR JEPUN

Askar Jepun telah masuk ke kawasan Kampung Pulai menerusi jalan Hutan, apabila sampai di Kampung Pulai, golongan wanita dan kanak-kanak telah bersembunyi dalam Tokong Mek, orang Lelaki ambil meriam Tokong Mek dan menembak askar-askar Jepun atas bukit tepi Tokong Mek itu, Semua askar yang mencerobohi Kampung Pulai itu telah mati dalam pertempuran ini, Askar Jepun gagal menembak wanita dan kanak-kanak kerana diperlingungi oleh Tokong Mek menabur penglihatan askar Jepun.


AKTIVITI KOMUNIS DI KAMPUNG PULAI

Apabila peperangan dunia ke tamat dan Jepun gagal, Penjajah British telah kembali ke Malayan, askar tempatan(Yang menyokong Parti Komunis di Negeri China) Kampung Pulai yang berlawan dengan Jepun itu enggan menyerahkan senjata yang dimiliki itu kepada pihak British, kumpulan ini mahu merdeka dan menolak pentadbiran British. Maka perjuangan mereka tidak diperakui oleh British dan perjuangan mereka terpaksa kembali ke Hutan yang digelar sebagai anasir Penganas Komunis. Untuk memutuskan sokongan dan hubungan orang Pulai dengan Komunis, maka Kerajaan British telah mengambil keputusan memindahkan semua penduduk-penduduk Kampung Pulai Ke Kuala Terengganu dan Johor. Jelapang-jelapang padi dan beras dibakar untuk memastikan tiada bekalan makanan bagi Penganas Komunis itu. Sehingga Tahun 1963 apabila keadaan lebig tenang, penduduk-penduduk asal Kampung Pulai baru kembali ke Kampung Masing-masing. Kampung Pulai dutinggal, kosong sahaja; sawah padi terbiar dan tiada sebarang aktiviti ekonomi.


PERINTAH BERKURUNG DIKUATKUASAKAN

Perintah berkurung telah dikuatkuasa di Kampung Pulai antara Tahun 1946 hingga 1952 dan Tahun 1976 hingga 1978 kerana aktiviti Penganas Komunis bergelora dan meningkat. Ramai penduduk-penduduk yang disyaki memberi sokongan kepada Komunis telah ditahan oleh Kerajaan. Pihak Polis juga mengetatkan syarat-syarat untuk mengawal penoreh-penoreh getah dan pekerja balak masuk dan keluar kebun getah dan juga kawasan membalak. Dalam tempoh ini juga terdapat segolongan penduduk Kampung Pulai terpaksa berhijrah kepada Bandar-Bandar lain untuk menggelakkan diri melibat dalam ancaman ini. Satu perarakan besar-besaran anti Komunis yang diketuai oleh Bekas Menteri Besar Kelantan Tan Sri Mohamad Yaacob telah diadakan pada Tahun 1978 itu. Pada masa itu, kawasan Pulai dianggap sebagai satu kawasan hitam, ancaman Komunis ini hanya berhenti pada Tahun 1987 apabila anggota Komunis dalam Hutan itu telah menyerahkan diri dan menamatkan perjuangan yang tersia-sia itu di Negeri Thailand di Bawah pimpinan Chin Peng.


PERLOMBONGAN EMAS MULAI TAHUN 1981

Pada Tahun 1981,Kerajaan Negeri telah memberi kuasa kepada sebuah Syarikat Swasta untuk menjalankan kerja-kerja mencarigali emas di kawasan sekitar Kampung Pulai.Pembukaan lombong emas telah memusnahkan hampir 95 sawah asli Kampung tradisional Pulai pada ketika itu di mana sawah padi dan kebun getah telah digorek untuk mangangkut tanah yang dipercayai mengandungi biji-biji emas itu.Penduduk-penduduk dalam kawaan yang terlibat itu terpaksa pindah ke Perkampungan Baru Pulai di elakang sekolah Cina Pulai.Kehiupan di Kampung dangan kawasan yang luas itu tidk berulangi lagi,mereka tidak boleh embela lembu;kamping;menan, sayur/pokok buah-buahan lagi seperti dahulu,muka asal Kampung Pulai itu telah hancur.Kerja mancari manghadapi kerugian yang besar dan akhirnya diberhentikan begitu sahaja.


Sejarah Kampung Pulai telah memberi satu gambaran yang jelas tentang penghijrahan rakyat Negeri China yang mengalami susah dan pahit di Kampung asal mereka terpaksa belayar ke beribu-ribu batu jauhnya untuk mencari rezeki baru.Golongan rakyat Negeri China yang berhijrah itu adalah merupakan satu kumpulan yang tersendiri dan tidak berkait hubung dengan kumpulan-kumpulan penghijrahan rakyat China di Negeri-Negeri di pantai barat eperti Malacca; Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.Golongan penghijrahan ini adalah lebih awal sekurang-kurangnya 400 tahun dan tujuan penghijrahan adalah berbeza, Negeri-negeri di pantai barat memerlukan golongan penghijrahan luar kerana kekurangan tenaga pekerja di ladang getah; lombongan emas dan juga peluang perniagaan di bandar-bandar yang dibina oleh Penjajah British itu.Maka pada kesimpulannya penghijrahan rakyat Negeri China ke semenanjung Malayan mula di Kampung Pulai dan bukan di pantai barat; sejarah orang Cina Negara ini juga mulai dari Kampung Pulai.

SEPINTAS LALU MENGENAI SEJARAH KAMPUNG PULAI

© 2010 - 2014 Pulai.org | Home | History | Hakka | Temple | Cave | Scenery | Village | YMM | Kelab | School | Life | Food | Health | Holiday | Privacy